Halaman

Rabu, 18 Mei 2016

kenangan itu sangat indah, masa sekarang ialah masa depan

Assalamualaikum. Bertemu kita harini setelah sekian lama tidak menulis blog ini. Apa khabar kalian semua? Semoga kalian sihat walafiat dan dimurahkan rezeki. Mungkin ramai sekarang sedang busy especially yang tengah belajar di UA( dulu dikenali sebagai IPTA). Ada yang busy dengan assgnment, presentation dan banyak lah. Pendek kata, nak dekat study week ni mesti ramai stress sebab kena siapkan semua ini. Aku pun macam tu jugak. Mesti ramai pelik apa kaitan dengan tajuk di atas ini? Ok, berbalik dengan tajuk sekarang ni, mesti semua orang ada kenangan masing-masing. Ada yang manis dan ada yang pahit. Begitu jugak dengan aku. Banyak kenangan pahit dan manis yang pernah aku tempuhi dari zaman sekolah sampai masuk universiti. Dalam erti kata lain, ia menjadi warna kehidupan seharian kita. Kenangan manis macam peristiwa yang membuat kita rasa happy dan enjoy macam melancong ke, dapat hadiah ke, dapat straight A ke, dapat tawaran belajar ke, dapat gi program memberi semngat ke and so in. Kalau macam kenangan pahit pulak, dia mcam peristiwa yang kadang-kadang boleh menghantui kita sampai harini atau lebih senang panggil peristiwa hitam. Rasanya x perlu bagi contoh. Kalian semua faham kan apa yang aku maksudkan. Aku faham ramai yang tak dapat lupakan kenangan pahit sampai ada sesetengah orang menjadi trauma dan akibatnya ada yang mengalami masalah mental sampai ada yang bunuh diri.

Sebenarnya banyak cara kita boleh atasi masalah ini. Andaikan seseorang masalah seperti putus cinta atau kahwin tak jadi, kita tanya diri kita dulu apakah sudah sedia untuk melangkah seterusnya iaitu perkahwinan atau belum? Ramai terlalu ambil mudah mengenai perkara ini. Untuk yang berkahwin wajarlah membuat persediaan tidak hanya pada harta tetapi juga mental dan rohani.

Second, bagi yang mengalami masalah peribadi, Andaikan kalian mahu berkongsi cerita, biarlah kongsi cerita masalah kamu kepada orang yang boleh dipercayai. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab ia melibatkan aib maruah kamu. Mungkin sesetengah orang lebih suka bercerita dengan kawan baik sebab yalah dah kawan baik, mesti kena cerita kat diorang kan. Betul lah tu. Tapi bukan semua yang mempunyai kawan baik boleh dipercayai. Sebab kadang-kadang ada yang buka aib cerita kisah silam kawan sendiri dekat orang lain. Apa perasaa kalian bila kawan baik sendiri buat macam tu? Mesti ada yang sedih, marah. Dan lagi teruk ada yang sampai bunuh diri. Nauzubillah min zalik. That's why saya cadangkan carilah ornag yang boleh kamu percayai kalau nak share problem kamu. Tak semestinya kawan baik. Mungkin parent kamu ke, lecture kam ke, atau sewaktu dengannya.

I think that's all yang aku boleh ceritakan. Kalau ada tips lain, insyaallah aku akan post nanti. Akhir kata, hari ini lebih baik dari semalam (macam tak kena je. hehe)

Sekian, wasaamualaikum

*maaf diatas kesalahan perkataan yang aku buat sepanjang membuat penulisan ini. Terimalah penulisan dari diriku yang x seberapa